Tuesday, December 13, 2011

December Holiday | Part 1

Haa..Maaf,lama sangatkan Ain tak update blog??Barulah hari ni terkejar-kejar nak update blog..Seolah-olah lupa yang Ain ni ada blog rupanya..Haha..So,macam mana holiday korang??Mesti bestkan,kalau ada yang dapat pergi melancong tu..Okay,11.12.11 hari tu,Ain adalah jalan-jalan dengan keluarga dekat daerah Selangor & Kuala Lumpur..

Hari tu,kitaorang rancang nak pergi dekat Paya Indah Wetlands & I-City..Haha,ceritanya nak cari Wetlands ni punyalah susah..Almaklum lah,baru pertama kali nak pergi kat sana..Sebabnya terpengaruh dengan rancangan Nona yang pernah buat pengambaran kat situ..Haha..Jadi jalan punya jalan tiba-tiba dah sesat kat Putrajaya..Hahaha -_-..So,alang-alang dah sampai kat Putrajaya tu,kitaorang pun jalan-jalanlah kat kawasan tu..Tiba-tiba ada nampak satu tempat tinggi ni..Rupa-rupanya Menara Tinjau..Dan,rupa-rupanya nama tempat menara tinjau tu pun Wetlands..Haha,Wetlands lain yang dicari,Wetlands lain yang kitaorang jumpa..


Hari makin petang,sebelum kitaorang teruskan perjalanan sebab nak cari Wetlands tu,kitaorang singgah makan dulu..Ayah Ain pun pergilah tanya orang yang jual kat kedai makan tu macam mana nak cari Wetlands..Diaorang kata dekat-dekat jalan nak pergi KLIA..Cis,kalau setakat dekat-dekat jalan KLIA tak adalah susah sangat nak cari sebab selalu hantar orang tersayang dekat KLIA..haha..berlagak gile..Dan dia kata nanti akan jumpa kawasan Banting..

Okay,kawasan Banting kitaorang dah jumpa tapi tempat Wetlands tu tak jumpa-jumpa lagi..Papan tanda pun kitaorang nampak satu je..Lepas tu dah tak ada dah papan tanda..Mula-mula kitaorang memang dah pasrah dah *cewah! sebab tak jumpa-jumpa lagi tempat tu..Ingat terus nak pergi tempat lain,tapi lepas kitaorang jalan depan sikit nampak papan tanda tulis "Paya Indah Wetlands 1 km"..Haha,syukur jumpa juga tempat yang kitaorang nak pergi ni..haha


Nak masuk Paya Indah Wetlands ni percuma je..Dekat dalam tu ada beberapa jenis haiwan..Macam buaya,badak air,kuda,landak & paling Ain tak boleh tahan..Boleh pula ada seekor musuh angry bird yang warna hijau tu dekat dalam kandang buaya..haha..Tunggu masa je tu jadi korban kepada buaya-buaya yang ada kat situ..haha..Dekat dalam Paya Indah Wetlands tu pun ada menara tinjau..






Hari pun makin gelap,kitaorang pun beransur dari Paya Indah Wetlands ni..Lepas tu nak pergi i-city pula..Dekat i-city ni sikit je pic yang sempat kitaorang ambik sebab bateri kamera sudah low..haha..Jadi kitaorang guna kamera fon mak Ain je..Pesanan untuk diri sendiri : lain kali kalau nak pergi mana-mana jangan lupa cas bateri kamera !! (=,=) Lepas tu flash kamera tak berapa sangat nak berfungsinya..Adoi..Haha,kat i-city tu ramainya orang tak payah ceritalah kan..Fiuhh..





Walaupun penat bukan main kepalang..Tapi hari tu agak best juga..Alhamdullilah..Oh,ye sekarang Ain aktif kat twitter..Siapa-siapa ada twitter bolehlah follow Ain..Tekan >SINI<..Lepas dah follow tu,mentionlah Ain ye..InshaAllah nanti Ain follow & reply balik..Okaylah,meet u guys at new entry..Alahai~betul ke ayat inggeris aku ni??hentam saja lah..haha..InshaAllah..Assalamualaikum & bye..

2 comments:

1-Hai & Assalamualaikum..
2-Sila tinggalkan comment anda di sini..1 pun sudah memadai..
3-InsyaAllah,pasti Ain balas punyalah..
4-Guna perkataan yang baik-baik ye..walaupun tak puas hati or etc..
5-Terima kasih banyak-banyak ye..Anda memang awesome.. ^_^