Friday, November 18, 2011

Hari Kenyang 4 Grafik Berkomputer..

Entry ni sambungan dari ENTRY ni..Hari Khamis hari tu (semalam) kelas Ain ada buat jamuan akhir tahun untuk kelas 4GB..Semua guru yang mengajar kat kelas kami juga di jemput..Tapi ada juga yang tak dapat hadir atas faktor-faktor yang tertentu..Pelajar pun ada yang tak join sebab ligat sangat tak nak bayar duit jamuan..Oklah, hari tu memang kitaorang kenyang sangat..Alhamdullilah..

Antara juadah yang ada pada hari tu ialah



Rendang Ayam & Nasi Minyak
Rendang & Nasi Minyak ni guru kelas kitaorang yang tolong masakkan..Memang best..Dalam rendang ayam ni ada kacang gajus dengan kismis..Tapi,hampa..Ain tak dapat satu pun kismis..sedih~haha..



Nugget,Bebola,Kentang Goreng,Kacang & Keropok
Yang dalam beg plakstik kuning tu keropok..Yang dalam bekas tu ada nugget dengan bebola..Yang gorengkan semua ni Lela & Ann..Rasanye lah..Rajin diaorang ye..haha







Air Oren,Kek Coklat & Puding Buah..
Pergh..Ini fav Ain masa hari jamuan tu..Bila minum air oren tu rasa lega je..Kek coklat tu memang terbaik lah,kek tu pun guru kelas Ain yang tolong buatkan..Dan puding buah tu pun sedap..Licin kot..Habis semua puding buah tu..haha..Tengok jelah gambar tu nasib ada tinggal lagi sikit sebab Ain ambik masa-masa last..haha..Ok,jangan tanya kenapa alas meja tu sama dengan langsir kelas Ain..Kalau nak tanya juga,tanya dekat Aarzu..haha..


Okay ni pula apa yang kitaorang buat sebelum majlis bermula..


Masa ni Cikgu Yushida (guru kelas),Imi dengan Nurole tengah rekakan ucapan untuk ketua kelas..Yelah,kenalah bagi ucapan sikit..Terima kasih sudi datang ke..Terima kasih sudi mengajar kitaorang & etc..


Masa ni diaorang tengah sibuk nak hidangkan makanan..Nak asingkan mana untuk guru & mana untuk pelajar..


Haha,ini sebahagian pelajar kelas 4GB..Yang tolong kemas-kemas ni,diaoranglah yang tolong buatkan..Ain tolong sikit-sikit je..Diaorang yang banyak kemas..


Okay,ni masa majlis dah nak mula..Ketua kelas bagi ucapan lepas tu Harun yang tolong bacakan doa..Gambar Harun ni malas nak letak sebab serabut sangat dia tu..Baca doa makan pun nak nervous..Apa daa....Yang Auji dengan Imi tarik tangan Ann tu Ain pun tak tahulah apa yang diaorang buat tu..haha




Ini pula cikgu-cikgu yang hadir..Ada juga yang tak dapat hadir..Yang datang lewat pun ada..Tapi tak apalah yang penting cikgu nak datang kat jamuan kitaorang..haha..




Dan yang last sekali hari tu,kitaorang terima duit RM 100.. :)Dengan ini *haha..ayat..Tamatlah sesi persekolah tingkatan 4 Ain.. Okay,bye & assalamualaikum..

4 comments:

  1. i lg suka rendang daging fuh yummeh! tp rendang ayam pn sedap gak :D

    ReplyDelete
  2. @Miss Volvo : Betul tuh! dua2 sedap..huhu ;))

    ReplyDelete
  3. alaa.. rindu nye zaman sekolah.. ngan jamuan camnih..huhu

    ReplyDelete

1-Hai & Assalamualaikum..
2-Sila tinggalkan comment anda di sini..1 pun sudah memadai..
3-InsyaAllah,pasti Ain balas punyalah..
4-Guna perkataan yang baik-baik ye..walaupun tak puas hati or etc..
5-Terima kasih banyak-banyak ye..Anda memang awesome.. ^_^