Thursday, March 22, 2012

Karnival Kadet Bomba Dan Penyelamat 2012

Assalammualaikum & Hello  (^_^) 

Alhamdullilah,semalam dengan jayanya Karnival Kadet Bomba & Penyelamat Daerah Temerloh 2012 telah melabuhkan tirainya..Karnival ini disertai oleh 13 buah sekolah, ini bermaksud seramai 380+ ahli kadet bomba,52+ guru pengiring dan 31+ pegawai bomba telah menjayakan karnival ini..Karnival ini diadakan di SMK Paya Pulai dan dijalankan selama dua hari iaitu bermula dari 20/3/2012 - 21/3/2012 ..


Seperti tahun lepas,tahun ni Ain masih lagi menjadi wakil sekolah..Alhamdullilah,semasa sedang bertanding tiada yang tercedera cuma ada yang pengsan tapi tak serius..Tak macam tahun lepas sampai ada yang berdarah..-_-"..Kali ni Ain wakil sekolah untuk kawad kering penyelamat (perempuan)..Kiranya bagi Ain tahun ni lebih baik dari tahun lepas..Kawad kaki,kawad kering lelaki & perempuan diadakan pada 20/3/2012..(sekolah Ain tak masuk kawad kaki..huhu)

Tengah bersiap sedia untuk bertanding kawad kering perempuan..
Ain tengah tunggu baju  & topi waktu ni..haha..cerianya lah mereka..haha..(^_^")

Pada 21/3/2012 acara diteruskan dengan kawad basah berhalangan perempuan & lelaki,kawad kering campur,kuiz dan entah apa nama permainan tu dia memerlukan 10 orang wakil untuk setiap sekolah..Dan hari tu juga hari penentu siapa yang menang dan juga hari penutupan untuk karnival ini bagi tahun ni..

Ini wakil sekolah Ain untuk kawad basah berhalangan (perempuan)
Dan yang paling mengembirakan tahun ni sekolah kitaorang ada yang menang ! haha..Acara yang kitaorang menang ialah Naib Johan Kawad Kering Penyelamat (Lelaki) & Guru Pengiring terbaik..Wohooo..Alhamdullilah..Tahniah diucapkan untuk wakil sekolah Kawad Kering Penyelamat (Lelaki) & Cikgu Razi..


Akhir sekali kitaorang bergambar dengan pengetua kitaorang..Tak sangka pengetua sanggup turun padang..Tapi yang sedihnya masa acara penutupan tu 3 orang wakil sekolah kitaorang tak dapat join atas sebab-sebab tertentu..Apa-apa pun Ain rasa karnival ni best juga walaupun penat.. :) Dan tahun ni tahun terakhir Ain & budak-budak tingkatan 5 join karnival kadet bomba dan penyelamat..Sedih pun ada juga rasanya..Ain harap tahun tahun akan datang korang yang akan mewakili sekolah SMKM boleh buat yang lebih baik..Amin

Yeah SMKM !! Credit pic ini untuk cikgu Razi..