Wednesday, December 28, 2011

December Holiday | Part 2

Hmm,baru lagi rasanya budak-budak tingkatan 3 tahun ni dapat result PMR kan??Amacam result korang??Bagi yang berjaya tu Ain nak ucapkan tahniah kat korang..Bagi yang dapat result yang biasa-biasa je *macam aku* , tak apa kita boleh usaha lagi..Yeah!! (>_<") Hmm,Ain pun nak ucapankan tahniahlah kat adik Ain yang satu-satu ni sebab dia dapat 7A 1B..Alhamdullilah,Ain tumpang gembira & bangga jugalah dengan diakan walaupun result kakak dia yang sorang ni sangat tak memberangsangkan..Wahaha..

Haa,jadi hari ni Ain nak cerita pasal semalam 27 Disember 2011,Ain sekeluarga pergi jalan-jalan dekat Negeri Sembilan..Tapi kakak tak dapat ikut sebab ada urusan kerja dekat Sabah..Kitaorang sampai dekat sana dalam pukul 12.30 ++ macam tu lah..Destinasi pertama yang kitaorang pergi ialah Muzium Diraja Seri Menanti..Dekat muzium ni diaorang ceritalah pasal raja-raja dekat Negeri Sembilan..Best jugalah kat muzium ni..Cantik pun cantik..Jom usha gambar jom..



Destinasi kedua pula kitaorang pergi Ulu Bendul..Dekat Ulu Bendul ni ada air terjun & Taman Ular Sawa..Tapi gambar air terjunnya tak dapatlah nak letak..Atas sebab-sebab yang tertentu..hahaha..


Kemudian,kitaorang pergi Muzium Negeri dekat Seremban..Kebetulan dekat situ ada pameran Tortura Seksa & Maut..Diaorang mempamerkan alat penderaan era silam dari Eropah..Pergh,Ain ingatkan pameran ni macam dia pamer dengan cara yang biasa-biasa je..Tapi bila masuk je dalam bilik pameran tu,gerun seyh..Dengan sound effect dia lagu entah apa-apa je sebab tak faham lagu dia tu..haha..



Dekat luar Muzium Negeri ni ada dua buah rumah tradisonal..Cantik woo rumah-rumah tu..haha..Tapi sayang kitaorang tak boleh lama-lama kat sini sebab muzium ni tutup pukul 6 pm..Kitaorang lah pelawat yang akhir sekali hari tu..Itu yang nampak sunyi tu je kan??haha..




Hari pun makin gelap kitaorang pun beransur dari Negeri Sembilan..Sehari suntuk dekat sana memang penat tapi best juga daripada tak buat aktiviti apa-apakan??Oklah,setakat sini dulu..Bye & Assalamualaikum.. :)

4 comments:

1-Hai & Assalamualaikum..
2-Sila tinggalkan comment anda di sini..1 pun sudah memadai..
3-InsyaAllah,pasti Ain balas punyalah..
4-Guna perkataan yang baik-baik ye..walaupun tak puas hati or etc..
5-Terima kasih banyak-banyak ye..Anda memang awesome.. ^_^