Wednesday, February 29, 2012

Fourth Kadet Bomba Dan Penyelamat

Assalammualaikum (^_^)

Ketika menaip entri ini hujan turut dengan keadaan yang lemah gemalai..*aikkk?..Dengan keadaan cuaca yang sebegini terpaksalah Ain dan rakan-rakan melupakan hasrat untuk datang ke sekolah supaya dapat menjayakan aktiviti kokurikulum kelab permainan petanque pada petang ini..Tapi sebenarnya Ain memang malas nak datang sekolah,nasib ada hujan rahmat ni..hehe -,-..

Hmm,hari ni 29/2/2012..Ini bermakna tahun ini,tahun lompat..Kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada tarikh 29/2 ni Ain nak ucapkan selamat hari lahir dan semoga ceria-ceria selalu..4 tahun sekalilah erk korang sambut hari lahir..haha..

Ok,back to the topic..Apa agaknya maksud title entri Ain tu..?Ok,nak dijadikan cerita pada tarikh 15/2/2012 iaitu pada dua minggu yang lepas,sekolah Ain ada buat pertandingan membuat kain rentang untuk menyambut Maulidur Rasul..So,pertandingan ini diantara unit beruniform..Dan dah tentu tentulah Ain ni ahli kadet bomba disekolah Ain..Setiap unit beruniform mesti hantar 8 ahli untuk membuat kain rentang..

Ain salah seorang daripada 8 orang tu..Dan slogan yang kami pilih ialah " Rasulullah S.A.W Pewaris Abadi,Dirimu Kami Contohi "..Sebenarnya slogan tu Ain cari kat google dan terjumpa slogan ni dekat blog Kak Ann .. Maaf ye Kak Ann sebab Ain lambat info dekat Kak Ann..hehe..(^_^)v

Gambar ini ku ambil dari facebook PKBM SMKM..Cuba cari mana Ain..meh he he he (--,)
Ok,dan hari ni Ustazah sudah pun mengumumkan siapa yang menjuarai pertandingan ini..Tahniah diucapkan kepada Persatuan Kadet Bersatu Malaysia sebab dapat tempat pertama..Dan..dan yang Ain tak sangka-sangka unit beruniform Bomba Dan Penyelamat dapat tempat ke empat ! Syukur,Alhamdullilah..

Memang tak sangka sebab kain rentang yang lain semuanya cantik-cantik termasuk slogan-slogan diaorang (kesemuanya ada 8 unit beruniform termasuklah pendidikan khas dan tingkatan enam)..Hadiahnya kami dapat hamper,Alhamdullilah rezeki..Kongsi kongsi dengan bebudak lain,bebudak ni pun kongsi dengan kitaorang..haha :)




2 comments:

  1. teringat zaman sekolah dulu, join kadet bomba jugak. angkat hos punyalah berat. -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul tu..ada kawan ain sampai tangan diaorang luka2.. :D

      Delete

1-Hai & Assalamualaikum..
2-Sila tinggalkan comment anda di sini..1 pun sudah memadai..
3-InsyaAllah,pasti Ain balas punyalah..
4-Guna perkataan yang baik-baik ye..walaupun tak puas hati or etc..
5-Terima kasih banyak-banyak ye..Anda memang awesome.. ^_^