Sunday, October 2, 2011

Jalan-Jalan Oktober

Semalam hari Sabtu,1 Oktober 2011,Ain dengan kekawan keluar jalan-jalan..Yelah sebab dah lama tak keluar jalan-jalan dengan diaorang..Teringat waktu kitaorang keluar dulu-dulu shopping,cakap-cakap,gelak-gelak,makan sambil gelak sampai tersembur makanan / minuman..Pergh..
Nak buat macam manakan kalau dah tak tahan dah nak gelak sampai tersembur-sembur..Hmm,siapalah tu agaknyakan??Hahaha..

Okay2..Itu kisah zaman form 3..Form 4 ni dah boleh kawal dah..(Agaknyalah.huhu)..Semalam Ain keluar jalan-jalan dengan Syaira,Lela,Arzu dan dengan Nurole..Ain dengan Syaira sampai kat tempat yang kitaorang nak kumpul tu dalam pukul 2.40 lah..Lepas tu Nurole pula sampai dalam pukul 2.50..Dah nak dekat pukul 3 Arzu dengan Lela tak muncul-muncul lagi..Nurole pun ajak lah kitaorang round dulu dalam 1 kedai ni..Tak lama lepas tu Arzu telefon kitaorang ada kat mane,kitaorang pun cakaplah ada kat sini sini..Then jumpalah Arzu dengan Lela..

Lepas keluar dari kedai tuh Arzu cakap dia ada ajak lagi 3 oarang....Lepas tu kitaorang jalan-jalanlah 1 bandar ni sementara nak tunggu lagi 3 orang tu..Kitaorang pergi Watsons..Lepas dah beli barang-barang kat watsons tu aku yang tolong bayarkan barang diaorang (duit masing-masinglah) kat kaunter termasuklah barang yang aku nak beli..Ain minta plastik asing-asing ye..Lepas dah siap tu diaorang tanya..Kenapa plastik asing-asing?Barang punyalah kecil,itu pun nak minta plastik asing-asing ke?Ain pun dah rasa bersalah..Dahlah hari Sabtu pula tu..Ayoo..Ah,ghasak je lah...

Lepas tu masuk TS..Hahaha..Bukan Time Square ye..Kat situ kitaorang tak buat apa-apa pun setakat jalan-jalan kat dalam tu je..Ain pun dah lapar dah,Ain ajak lah diaorang pergi Pizza Hut..Tapi Arzu suruh tunggu dulu lagi 3 orang tu baru makan..Memang lambat betul diaorang sampai dah ada yang letih tunggu..Tak percaya,tengok Nurole ni..


Lepas tu Nurole ajak pergi kedai alat tulis..Dia nak beli pen..Lepas dah siap beli pen,dan orang yang di tunggu-tunggu tu tak muncul-mucul lagi,last-last kitaorang masuk dulu,order mana yang patut..Nak pilih makanan tu lama gila kot..Nak tu,nak ni..Tak nak tu,tak nak ni...haha..Macam-macam..

amboi..gembiranya mereka takala memilih makanan..huhuhu
Arzu..hahaha


Tak lama lepas tu orang yang ditunggu-tunggu tu pun dah datang..Lepas tu makan pun sampai..Ada yang makan sikit..Ada yang malu-malu nak makan (porah,makan pun nak malu..=,=")..Lepas dah habis makan tu diaorang balik awal dulu..Ain dengan Syaira tak balik lagi..Lepas tu tiba-tiba dahaga pula..Syaira ajak pergi minum ABC..Ain order ABC tanpa kacang goreng..Syaira pula ABC tanpa kacang merah..hahaha..

ABC tanpa kacang merah..Syaira punya

ABC tanpa kacang goreng..Ain punya..

Memang kenyanglah hari tu..Apa-apa pun thanks korang sebab nak juga keluar jalan-jalan dengan Ain..Ain dengan Syaira balik dalam pukul 6.30 macam tu..Fiuhh,penat..Okaylah bye & assalamualaikum..

4 comments:

1-Hai & Assalamualaikum..
2-Sila tinggalkan comment anda di sini..1 pun sudah memadai..
3-InsyaAllah,pasti Ain balas punyalah..
4-Guna perkataan yang baik-baik ye..walaupun tak puas hati or etc..
5-Terima kasih banyak-banyak ye..Anda memang awesome.. ^_^